Digantung gelaran Datuk Seri Kontroversi Najib Razak

Negeri Sembilan

Pada 26 Oktober 2018, Mesyuarat Khas Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Negeri Sembilan memutuskan pengurniaan darjah kepada Najib dan isteri Rosmah Mansor ditarik balik berkuat kuasa serta-merta.[101][102]

Pendaftar Darjah, Razali Ab Malik dalam kenyataan berkata ia membabitkan pengurniaan Darjah Seri Utama Negeri Sembilan (S.P.N.S) kepada Najib pada tahun 2005 mengikut Warta Kerajaan Jilid 59 No.5 bertarikh 2 Mac 2006.

Katanya mesyuarat yang diadakan di Istana Besar Seri Menanti, Kuala Pilah itu juga memutuskan untuk menarik balik Darjah Seri Paduka Tuanku Ja'afar Yang Amat Terpuji (S.P.T.J) yang dikurniakan kepada Rosmah pada tahun 2006 mengikut Warta Kerajaan Jilid 59 No.23 Tambahan 1 bertarikh 9 Nov 2006.

Keputusan ini bertujuan menjaga kebesaran dan kehormatan Institusi Diraja Negeri Sembilan.

Selangor

Pada 10 Mei 2019, Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah mengantung gelaran dan penggunaan darjah kebesaran yang dikurniakan kepada Najib dan Rosmah Mansor. Setiausaha kerajaan Selangor merangkap pendaftar darjah kebesaran Selangor, Mohd Amin Ahmad Ahya dalam satu kenyataan berkata penggantungan gelaran dan penggunaan darjah itu disemak semula setelah kes mereka dimuktamadkan di mahkamah.[103]

Najib telah dikurniakan keahlian darjah kebesaran Seri Paduka Mahkota Selangor (SPMS) kelas pertama yang membawa gelaran Dato’ Seri pada tahun 2004 dan darjah kebesaran Dato’ Paduka Mahkota Selangor (DPMS) kelas kedua yang membawa gelaran Dato’ pada tahun 1992.
Beliau telah didakwa di mahkamah di atas beberapa pertuduhan yang melibatkan kes rasuah, pecah amanah dan penggubahan wang haram.
Maka dengan ini, keahlian beliau sebagai penyandang darjah kebesaran SPMS dan DPMS adalah digantung berkuatkuasa 6 Mei lalu sehingga kes perbicaraan dan rayuan (jika ada) yang melibatkan beliau selesai di mahkamah.

Mohd Amin juga mengumumkan baginda turut menggantung darjah kebesaran SPMS kelas pertama yang membawa gelaran Datin Paduka Seri pada Rosmah yang dikurniakan pada tahun 2005.

Rujukan

WikiPedia: Kontroversi Najib Razak http://www.abc.net.au/news/2015-07-29/malaysia-pm-... http://www.channelnewsasia.com/news/asiapacific/ma... http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2... http://abcnews.go.com/International/wireStory/mala... http://www.reuters.com/article/2015/07/24/us-malay... http://www.theguardian.com/world/2015/jul/20/saraw... http://www.themalaysianinsider.com/malaysia/articl... http://www.themalaysianinsider.com/malaysia/articl... http://www.malaysianbar.org.my/press_statements/pr... https://www.asiaone.com/malaysian-pm-najib-razak-n...